Hidup
ini adalah suatu perjuangan dan di dalam setiap perjuangan kita akan
tempuhi rintangan. Dan halangan itulah yang dinamakan dugaan. Andai
kecundang, airmata bukanlah penyelesaiannya. Bangunlah kerana kegagalan
pertama tidak beerti kegagalan berikutnya. Kegagalan dalam kehidupan
merupakan satu kenangan yang amat pahit. Namun disebalik kepahitan itu
pasti ada kemanisan yang bakal menanti. Oleh itu. berusahalah untuk
mencari kemanisan dicelah kepahitan. Kejayaan itu mudah diperolehi
seandainya kita berusaha. Cinta juga mudah diperolehi seandainya kita
memerlukannya. Tetapi ingatlah cita-cita mudah diperolehi seandainya
kita tidak putus asa untuk terus berusaha. Ingatlah tiada kejayaan tanpa
penderitaan dan keimanan pendinding dari kemungkaran.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar